Sunday, 14 August 2011

Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 54 Tahun 2011

15 OGOS 2011 -Panitia Sejarah SMK Taman Megah Ria telah berjaya menganjurkan Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-54 bagi tahun 2011 pada pagi ini di medan Perhimpunan. Tema kemerdekaan bagi tahun ini adalah 'Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'.
Kemerdekaan adalah anugerah terbesar kepada seluruh rakyat yang menuntut kebebasan. Menjelang 31 Ogos, semua warga Malaysia teruja untuk menyambut hari bersejarah ini sebagai tanda kesyukuran. Semua pihak mesti terlibat sama untuk menjayakan sambutan hari kemerdekaan agar penghargaan terhadap para pejuang kemerdekaan sentiasa diingati dan dihayati oleh semua lapisan dan generasi negara yang bertuah ini.
Pengetua SMK Taman Megah Ria, Nordin bin Mukri menegaskan bahawa sambutan oleh warga sekolah perlu dilaksanakan bagi menyemai semangat patriotisme terhadap negara melalui pelbagai aktiviti secara langsung atau tidak langsung. Pengetua juga mengharap agar seorang pelajar itu dapat mengingati nama rakan yang berlainan bangsa dengan cepat dan mudah sebagai semangat 1Malaysia.
Antara aktiviti dan cikgu yang mengendalikannya akan dilaksanakan dan boleh disertai oleh semua pelajar adalah Pertandingan Menulis Esei Patriotik(Cikgu Kasmawati), Kuiz Sejarah dan Kenegaraan(Cikgu Shahrizal), Pertandingan Melukis Poster(Cikgu Aida Yuliyana), Pertandingan Kelas Patriotik dan Pertandingan Multimedia(Cik Zubaidah).

Wednesday, 10 August 2011

Monday, 8 August 2011

Delegasi dari Jepun ke Sekolah Kita

9 OGOS 2011 - SMK Taman Megah Ria telah menerima lawatan dari delegasi pelajar dan guru dari Jepun seramai 12 orang. Sekolah bebesar hati kerana sekolah kita telah dipilih sebagai destinasi pilihan mereka. Pihak sekolah telah membuat persediaan untuk menyambut kedatangan mereka.
Dari reaksi raut wajah mereka menunjukkan mereka amat suka dan gembira dapat melawat sekolah kita. [Cikgu Irwan]

[GEMPAK] Ular Sawa Batik Masuk Dalam Kereta

8 Ogos 2011 - Gempak apabila seekor ular sawa batik telah memasuki ke kawasan sekolah pada jam 10.10 pagi. Kejadian ini telah disaksikan oleh penjaga keselamatan yang bertugas. Beliau berkata, ular berkenaan keluar dari semak di hadapan sekolah kemudian melintasi jalan dan pada masa itu, tiada sebuah pun kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Ular berkenaan kemudian berkeliaran di kawasan parking kereta dan akhirnya berteduh di bawah kereta Perodua Kancil milik guru sekolah ini. Bagaimana pun ular berkenaan telah naik ke enjin kereta tersebut dan duduk di dalam bonet hadapan.

Penjaga Keselamatan berkenaan membuat laporan ke pejabat sekolah. Pihak sekolah telah memanggil pihak bomba untuk menangkap ular berkenaan. Akhirnya pada jam 10.45 pagi, ular berkenaan berjaya ditangkap dan dimasukkan dalam sangkar. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Terima kasih kepada Penjaga Keselamatan dan pelajar-pelajar yang membantu. [Cikgu Irwan]

Kelab KEMRADS

KELAB MEDIA DAN RADIO SEKOLAH (KEMRADS) adalah kelab baharu yang ditubuhkan pada tahun 2011 di SMK Taman Megah Ria. Kelab ini dipertanggungjawabkan untuk memikul beberapa tugas penting sekolah seperti fotografi, menghasilkan Buletin untuk sekolah dan mengendalikan radio sekolah(masih dalam proses penubuhan). Kelab ini dikepalai oleh 2 orang guru iaitu En Mohd Irwan Bin Idris dan Cik Nurfarahiah Bt Nodin serta dianggotai oleh 42 orang pelajar.
Atas keprihatinan tersebut, Guru Penasihat cuba untuk melatih ahli-ahli dalam bidang kewartawanan samada dalam fotografi, videografi dan penulis. Blog "Buletin Sekolah"  telah dibuat menggunakan tapak blogspot.com sebagai medan untuk ahli-ahli cuba mencebur diri dalam kewartawanan. Oleh itu diharapkan medan ini menjadi rujukan utama warga SMK Taman Megah Ria selain "Facebook Sekolah" samada guru-guru, pelajar-pelajar, ibubapa dan masyarakat setempat.