Monday, 8 August 2011

[GEMPAK] Ular Sawa Batik Masuk Dalam Kereta

8 Ogos 2011 - Gempak apabila seekor ular sawa batik telah memasuki ke kawasan sekolah pada jam 10.10 pagi. Kejadian ini telah disaksikan oleh penjaga keselamatan yang bertugas. Beliau berkata, ular berkenaan keluar dari semak di hadapan sekolah kemudian melintasi jalan dan pada masa itu, tiada sebuah pun kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Ular berkenaan kemudian berkeliaran di kawasan parking kereta dan akhirnya berteduh di bawah kereta Perodua Kancil milik guru sekolah ini. Bagaimana pun ular berkenaan telah naik ke enjin kereta tersebut dan duduk di dalam bonet hadapan.

Penjaga Keselamatan berkenaan membuat laporan ke pejabat sekolah. Pihak sekolah telah memanggil pihak bomba untuk menangkap ular berkenaan. Akhirnya pada jam 10.45 pagi, ular berkenaan berjaya ditangkap dan dimasukkan dalam sangkar. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Terima kasih kepada Penjaga Keselamatan dan pelajar-pelajar yang membantu. [Cikgu Irwan]

No comments:

Post a Comment