Monday, 5 September 2011

Siapa NAk jAdi Wartawan Muda?

Wartawan Muda Sekolah
Kepada pelajar-pelajar yang berminat dalam kewartawanan, sekolah ini akan cuba melatih anda untuk mengembangkan bakat ANDA dalam Kelab KEMRADS.


Syarat-syarat untuk menjadi Wartawan Muda
1. Terbuka kepada semua warga sekolah SMK Taman Megah Ria.
2. Mempunyai kebolehan dalam ICT seperti menggunakan Komputer dan Internet.
3. Mempunyai minat dalam kewartawanan(menulis berita/laporan) ATAU mengambil gambar  
    kejadian(Fotografi-mesti ada kamera sekurang-kurangnya Kamera Telefon).
4. Berkebolehan membahagikan tugas dan tanggungjawab dalam kelab dan pelajaran.


Wartawan Muda akan Dibekalkan
1. Kad/Pas Wartawan Muda Sekolah.
2. Laluan untuk mengemaskini Laman Buletin Sekolah.
3. Melibatkan diri dalam setiap aktiviti sekolah di dalam atau di luar sekolah.
4. Lain-lain akan diberikan mengikut tanggungjawab yang dipikul.


Tanggungjawab yang akan dipikul
1. Mengambil tahu dalam hal ehwal sekolah.
2. Menaip dan mengemaskini laman blog Buletin Sekolah ini.


Kepada pelajar-pelajar yang Berminat, sila berjumpa dengan Cikgu Irwan di sekolah.

No comments:

Post a Comment