Pertandingan Fotografi buat pertama kali akan diadakan iaitu penyertaan dan pertandingan adalah melalui FACEBOOK sekolah. Semua pelajar dari SMK Taman Megah Ria boleh menyertai pertandingan ini. Peserta hanya perlu mengambil sudut-sudut yang menarik dalam kawasan sekolah, kemudian pilih gambar yang menarik dan seterusnya hantar ke email sekolah. Pengadilan gambar-gambar yang dihantar akan dikira 40% (Paling banyak LIKE) dan 60% keputusan juri.
Syarat Pertandingan
1. Setiap peserta hanya layak menghantar SEKEPING gambar sahaja.
2. TEMA bagi pertandingan ini ialah PANORAMA SEKOLAH iaitu yang bermakna gambar pemandangan yang menarik di
sekitar SMK Taman Megah Ria iaitu fizikal dan flora sekolah.
3. Pelajar yang berminat perlu menghantar SEKEPING gambar ke email sekolah iaitu smk.megahria@yahoo.com
beserta maklumat berikut :
NAMA : ________________________________
TINGKATAN :_________________
LOKASI GAMBAR : ________(Contoh : Kolam, Pemandangan Hadapan Sekolah dll)
4. Gambar tersebut tidak boleh diubah apa-apa kecuali pencahayaan sahaja (Brightness dan Contrass)
Aturcara Pertandingan
20 hingga 24 April 2012 - Pelajar menghantar GAMBAR dan Maklumat Asas ke email sekolah
(smk.megahria@yahoo.com).
25 April - Setiap Gambar yang dihantar akan dimasukkan dalam FACEBOOK Sekolah
25 hingga 30 April 2012 - Setiap Gambar akan diundi(LIKE) dalam FACEBOOK sekolah.
3 Mei - Hadiah dijangka akan disampai semasa Perhimpunan Sekolah. ( Jika penyertaan mendapat
sambutan yang ramai, Jumlah Hadiah akan ditambah)
Kaedah Pemarkahan
40% - Jumlah 'LIKE' di facebook sekolah(Gambar paling banyak 'LIKE' akan mendapat 40 markah dan seterusnya)
60% - Juri Hakim akan menilai gambar tersebut dari segi antaranya:
1. Sudut/Angle Gambar tersebut
2. Gambar tersebut menarik
3. Rujuk Nota --> http://buletinmegahria.blogspot.com/2011/09/kursus-asas-fotografi-sesi-1.html
4. Pencahayaan yang menarik (Tak semestinya gelap itu tidak menarik)
Sebarang pertanyaan, bolehlah berjumpa dengan Cikgu Irwan.
No comments:
Post a Comment